SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS BATU PAHAT
P/S 30 JLN LIM YEW LEONG, 83007 BATU PAHAT
tel: 07-4341139, fax: 07-4342139, e-mail: skpkbatupahat@moe.gov.my

 
 
   utama
 Pautan
 
 
 
 


 




 
 
 
 
 
Kata-kata aluan Guru Besar
Selamat Datang Ke Laman Web Sekolah kami. Saya berharap dengan adanya laman ini, ia akan menjadi jambatan untuk merapatkan lagi silaturahim tidak kira di mana sahaja anda berada kerana era kini adalah dunia tanpa sempadan. Pihak kami berusaha untuk merapatkan jurang digital antara warga sekolah ini dengan para ibu bapa dan masyarakat. Adalah diharapkan ibu bapa, guru dan pengunjung memperolehi maklumat berguna yang dipaparkan untuk manfaat bersama. Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan yang membina dari segi kandungan laman ini atau maklum balas dari para pengunjung sekian khususnya dari ibubapa murid-murid sekolah ini.
 
Akhir kata, selamat melayari laman sekolah kami,
SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS BATU PAHAT.
 
 
berusaha, berdikari, bermasyarakat
 
EN. ZAMRUL AHMAD B. JABAR
Guru Besar  SKPKBP
 
PERUTUSAN KHAS GURU BESAR
 
Kami, warga SKPKBP ingin mengucapkan
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
kepada semua murid-murid serta para pengunjung laman web kami.
Kami berharap para ibu bapa dan murid-murid lebih bersemangat dengan pembukaan sesi persekolahan kali ini.

Marilah kita hadapi tahun 2016 dengan azam dan semangat yang baru demi meningkatkan prestasi kerja para guru, pembelajaran anak-anak murid dan persekitaran kerja serta hubungan sesama kita dengan lebih harmoni dan erat lagi.
Harapan saya, jadikanlah  tahun mendatang ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya.
 
 
 Akhir kata,
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH DENGAN SEMANGAT DAN AZAM YANG BARU
 
TOLONG MENOLONG AMALAN HIDUP


Shoutbox
Penafian : Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini.
©  Hakcipta terpelihara SKPKBP 2011