SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS BATU PAHAT
P/S 30 JLN LIM YEW LEONG, 83007 BATU PAHAT
tel: 07-4341139, fax: 07-4342139, e-mail: skpkbatupahat@moe.gov.my

 
 
   Blog      Pentadbiran      Kelab Keluarga
 Pautan
 
 
 
 


 




 
 
 

CARTA ORGNISASI KELAB KELUARGA
SESI 2013-2015

 

 
 

PERLEMBAGAAN KELAB KELUARGA

SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

BATU PAHAT


1. PERTUBUHAN

1.1          Pertubuhan ini dikenali sebagai

‘KELAB KELUARGA SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS BATU PAHAT’

1.2          Alamat kelab dan nombor telefon

KELAB KELUARGA,

S.K. PENDIDIKAN KHAS BATU PAHAT,

P/S 30, JALAN LIM YEW LEONG,

83007 BATU PAHAT.

TELEFON        : 07-4341139

FAKSMILI         : 07-4342139

 2. OBJEKTIF

2.1          Mengendalikan hal ehwal kebajikan ahli

2.2          Menjadi kelab perhubungan di antara pihak ahli dengan pihak pentadbir sekolah

 3. KEAHLIAN

3.1       Semua warga kerja Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Batu Pahat adalah menjadi ahli kelab ini.

 

 4. JAWATANKUASA

4.1       Satu jawatankuasa hendaklah dilantik setiap dua (2) tahun sekali pada Mesyuarat Agung Tahunan yang mengandungi:

                        a) Pengerusi: 

                                                ………..(guru)…………….

                        b) Setiausaha:

                                                ………..(guru)…………….

                        c) Bendahari: 

                                                ………..(guru)…………….

                        d) 6 orang ahli jawatankuasa: 

                                                …...(3 guru & 3 bukan guru)…...

                        e) 2 orang pemeriksa kira-kira: 

                                                ………..(2 guru)…………….


4.2       Kekosongan jawatankuasa hendaklah diambil alih oleh    Ahli Jawatankuasa yang sedia ada dan akan memegang jawatan hingga Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang.

 

4.3       Pengerusi dengan persetujuan Guru Besar atau 2 orang jawatankuasa boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa atau Mesyuarat Kelab Keluarga pada bila-bila masa.

 

4.4       Ahli yang telah dilantik menganggotai jawatankuasa tidak boleh dilantik semula menganggotai jawatankuasa untuk sesi berikutnya kecuali mendapat persetujuan individu berkenaan. 

 

5. KUASA MEMBELANJAKAN WANG

5.1       Jawatankuasa kelab berhak membelanjakan wang kelab dengan syarat ianya digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan objektif-objektif kelab.

5.2       Segala pengeluaran wang hendaklah ditandatangani dan mendapat persetujuan bersama oleh pengerusi, bendahari atau setiausaha kelab.

 

5.3       Penyata kewangan kelab bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.

 

5.4       Akaun kelab hendaklah diaudit pada tiap-tiap tahun oleh 2 orang pemeriksa yang telah dilantik.

 

5.5       Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan.

 

6. SUMBANGAN KEWANGAN

6.1       Keraian

            Ahli bertukar (cenderamata)

· 2 tahun ke bawah             :           RM  50.00

· 2 tahun ke atas                :           RM100.00

Ahli bersara

· 2 tahun ke bawah             :           RM100.00

· 2 tahun ke atas                 :           RM150.00

 

 6.2       Perkahwinan Ahli

· 2 tahun ke bawah             :           RM  50.00

· 2 tahun ke atas                 :           RM150.00

 

6.3       Ahli berkahwin dengan ahli akan mendapat hak masing-masing.

 

6.4       Keuzuran (TIDAK TERMASUK SEBAB MENGANDUNG)

 

 6.5      Kematian

 

 6.6      Derma MSSC, PSKPP, HARI GURU, KEAGAMAAN dan  kutipan lain individu.

 

 6.7       Pinjaman pendahuluan bagi ahli yang berkursus atau bertugas di luar daerah maksimum tidak lebih daripada RM 200.00 hendaklah dibayar selewat-lewatnya 3 bulan daripada tarikh pinjaman dan ia hendaklah mendapat persetujuan daripada ahli jawatankuasa.

 

      7. YURAN

7.1       Yuran bulanan (Januari hingga Disember) hendaklah dijelaskan kepada Bendahari dalam masa seminggu selepas gaji.

 

7.2       Jumlah yuran bulanan yang perlu dibayar oleh setiap ahli sebanyak RM 10.00.

 

 

      8. KORAM

8.1  Koram  bagi Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang daripada 2/3 daripada jumlah bilangan ahli.

 

8.2     Koram bagi Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah 2/3 daripada bilangan Ahli Jawatankuasa.

 

      9. MESYUARAT

9.1   Mesyuarat Agung Tahunan yang dinyatakan di sini ialah yang dihadiri oleh semua ahli kelab.

 

9.2       Mesyuarat Jawatankuasa pula ialah yang dihadiri oleh ahli jawatankuasa kelab ini.

 

 

           9.3       Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan sebelum 1 Mei.

 

 

 

      10. PINDAAN PERLEMBAGAAN

10.1     Perubahan atau pindaan perlembagaan hanya boleh dilakukan pada Mesyuarat Agung Tahunan.

 

      11. BIDANG KUASA

11.1     Kelab ini boleh bertindak sebagai perhubungan di antara ahli dengan pihak pentadbir sekolah. Namun demikian, kelab ini tidak berhak membuat sebarang tuntutan terhadap pihak pentadbir sekolah dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan kelab.

 

11.2     Segala urusan rasmi dengan pihak luar mesti mendapat persetujuan secara rasmi serta melalui guru besar.

 

      12. TAFSIRAN

12.1     Apa-apa tafsiran yang tidak jelas mengenai perlembagaan ini hendaklah dirujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai perkara tersebut adalah muktamad.

 

      13. PEMBUBARAN

13.1        Kelab ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan kelulusan bertulis Penasihat sekolah berkenaan. Segala harta tidak boleh dilupuskan melainkan dengan mendapat kelulusan sekolah berkenaan.



Shoutbox
Penafian : Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini.
©  Hakcipta terpelihara SKPKBP 2011