SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS BATU PAHAT
P/S 30 JLN LIM YEW LEONG, 83007 BATU PAHAT
tel: 07-4341139, fax: 07-4342139, e-mail: skpkbatupahat@moe.gov.my

 
 
   Blog      tentang kami      Latar Belakang Sekolah
 Pautan
 
 
 
 


 




 
 
 
SEJARAH SEKOLAH SKPKBP
 
1963 - Bermula dengan ’Program Rancangan Percantuman Cacat Pendengaran’ di
            SK Limpoon 2  Batu Pahat dengan 14 orang murid dan sebuah bilik darjah.
 
1988 - Pada 01 Julai  SR Pendidikan Khas Batu Pahat ditubuhkan dengan
           pengurusan dan pentadbiran  sendiri di tempat yang sama.
 
1991 - Mendapat sebuah blok tambahan yang dilengkapi dengan sebuah
           bilik pertuturan. Nama SR Pendidikan Khas Batu Pahat berubah kepada
           SK Pendidikan Khas Batu Pahat sejajar dengan perubahan nama sekolah
           pendidikan khas seluruh negara.
 
2000 - Gred sekolah dinaikkan ke gred B, dengan menampatkan Guru Besar Gred
            DGA 34 dan  seorang Guru Penolong Kanan Hakiki Gred DGA 32.
 
2001 - Sebuah blok yang mengandungi 2 bilik darjah dibina lagi.
 
2002 - Pengambilan murid-murid kategori bermasalah pembelajaran disebabkan
            kemerosotan jumlah murid bermasalah pendengaran. SK Pendidikan Khas
            Batu Pahat dinobatkan sebagai Naib Johan Sekolah Harapan Negara
            Kategori Sekolah Pendidikan Khas.

2004 - Kelas prasekolah diwujudkan secara rasmi dengan terbinanya sebuah
           kelas khas dan mempunyai seorang pembantu pengurusan murid N17.
 
2007 - Penempatan guru sisawazah pertama (prasekolah).
.          Kemasukan seorang guru OKU
           (bermasalah pendengaran dan pertuturan)

2008 - Pembantu Pengurusan Murid (PPM) bertambah kepada 5 orang.


Shoutbox
Penafian : Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini.
©  Hakcipta terpelihara SKPKBP 2011