Kata-kata aluan Guru Besar
Selamat Datang Ke Laman Web Sekolah kami. Saya berharap dengan adanya laman ini, ia akan menjadi jambatan untuk merapatkan lagi silaturahim tidak kira di mana sahaja anda berada kerana era kini adalah dunia tanpa sempadan. Pihak kami berusaha untuk merapatkan jurang digital antara warga sekolah ini dengan para ibu bapa dan masyarakat. Adalah diharapkan ibu bapa, guru dan pengunjung memperolehi maklumat berguna yang dipaparkan untuk manfaat bersama. Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan yang membina dari segi kandungan laman ini atau maklum balas dari para pengunjung sekian khususnya dari ibubapa murid-murid sekolah ini.
Akhir kata, selamat melayari laman sekolah kami,
SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS BATU PAHAT.
berusaha, berdikari, bermasyarakat
EN. ZAMRUL AHMAD B. JABAR
Guru Besar SKPKBP
Kami, warga SKPKBP ingin mengucapkan
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
kepada semua murid-murid serta para pengunjung laman web kami.
Kami berharap para ibu bapa dan murid-murid lebih bersemangat dengan pembukaan sesi persekolahan kali ini.
Marilah kita hadapi tahun 2018 dengan azam dan semangat yang baru demi meningkatkan prestasi kerja para guru, pembelajaran anak-anak murid dan persekitaran kerja serta hubungan sesama kita dengan lebih harmoni dan erat lagi.
Harapan saya, jadikanlah tahun mendatang ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya.
Akhir kata,
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH DENGAN SEMANGAT DAN AZAM YANG BARU
TOLONG MENOLONG AMALAN HIDUP
|